Wednesday, October 31, 2007

ISU UBAT PALSU

Di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, ubat-ubat yang dijual di negara kita perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).
Pengguna dapat menyemak sama ada sesuatu keluaran itu berdaftar atau sebaliknya dengan melihat nombor pendaftaran pada pek ubat berkenaan.
Pengesahan lanjut butiran pendaftaran boleh disemak dari laman web www.bpfk.gov.my.
Kementerian Kesihatan juga telah mewajibkan label hologram dilekatkan pada setiap pek jualan ubat berdaftar supaya orang awam dan pegawai penguat kuasa farmasi dapat mengenali bahawa sesuatu ubat itu adalah tulen.
Penggunaan sistem semakan ketulenan ubat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) tidak dapat mengesahkan ketulenan ubat secara berkesan kerana terdapat juga ubat palsu yang menggunakan nombor pendaftaran ubat berdaftar yang lain pada pek ubat terbabit.
Kementerian mempunyai program pemantauan ubat di pasaran untuk memastikan ubat berdaftar di pasaran selamat dan berkualiti.
Ubat berdaftar yang dikesan mengandungi racun akan dirampas, pendaftaran ubat tersebut akan dibatalkan dan tindakan undang-undang akan diambil.
Pegawai penguat kuasa farmasi juga menjalankan pemeriksaan premis, pemeriksaan di pintu-pintu masuk kastam dan serbuan untuk melindungi rakyat daripada bahaya ubat tidak berdaftar termasuk ubat palsu dan ubat berdaftar yang dikesan mengandungi racun.
Nilai rampasan ubat-ubatan pada tahun 2006 ialah RM18,406,190.
Orang ramai boleh memberi maklumat berkaitan penjualan ubat tidak berdaftar atau ubat palsu kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi di nombor tel: 03-79682200/faks: 03-79682251 dan e-mel pharmacy1@moh.gov.my.
– DATUK CHE MOHD ZIN CHE AWANG,
Pengarah Perkhidmatan Farmasi,
Kementerian Kesihatan.

RACUN: ORANG RAMAI DILARANG BELI,GUNA SLENDERINE CAPSULE

KUALA LUMPUR 24 Ogos - Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membeli dan menggunakan produk tradisional “Slenderine Capsule"
berikutan pengesanan racun berjadual “Fluoxetine” dalam produk tersebut.
Kementerian Kesihatan berkata, orang ramai diminta tidak menggunakan produk itu yang mengandungi “Fluoxetine” tanpa merujuk dan dipantau oleh doktor kerana ia boleh menyebabkan kesan sampingan.
“Ini termasuk tekanan darah meningkat dan kesan kardiovaskular, kesan terhadap sistem saraf pusat seperti gangguan emosi, gangguan tidur dan kesan mengenai sistem gastrointestinal seperti penurunan berat badan,” menurut kenyataan kementerian itu di sini hari ini.
Produk itu memudaratkan pengguna yang telah pun menghadapi risiko tinggi dalam keadaan seperti itu.
Pendaftaran produk “Slenderine Capsule” telah dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada mesyuaratnya ke-195 berikutan pengesanan “Fluoxetine”, walaupun terdapat produk mengandungi bahan yang didaftarkan dengannya setelah penilaian keselamatan ketat dan kawalan kualiti diadakan.
Bagaimanapun, kenyataan itu menyatakan bahawa “Fluoxetine” tidak dibenarkan dilabelkan dalam produk yang diklasifikasikan sebagai ubat tradisional.
Orang ramai dinasihatkan untuk mengelakkan penggunaan “Slenderine Capsule” yang kini dalam pasaran yang tidak dijamin oleh kementerian itu.
Pemilikan produk itu akan diberhentikan penjualan dan pengedaran atau penggunaannya dengan serta-merta.
Penjual diingatkan bahawa pemilikan untuk menjual produk tersebut adalah menjadi satu kesalahan di bawah Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan boleh didenda maksimum RM25,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.
Bagi kesalahan seterusnya, denda maksimum RM50,000, dan penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya boleh dikenakan.
Sesebuah syarikat yang didapati bersalah boleh didenda sehingga RM50,000 bagi kesalahan pertama dan sehingga RM100,000 untuk kesalahan seterusnya. - Bernama

ELAK MAKAN SAYUR TERCEMAR

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) memandang berat berhubung hasil kajian yang dijalankan baru-baru ini oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Kementerian Kesihatan dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Kajian itu menunjukkan kebanyakan sayur yang sering dimakan, dibeli dari Pasar Selayang yang membekalkan kepada kira-kira 75 peratus daripada pasar, pasar raya besar (hypermarket), pasar malam dan kedai runcit di Selangor, dicemari racun makhluk perosak penyebab kanser dengan banyaknya.
Kesemua sampel daun kari dan daun saderi yang diambil dari pasar borong di Selayang ini diuji positif bagi tiga kumpulan racun makhluk perosak penyebab kanser.
Dua pertiga daripada 93 sampel enam jenis sayur popular dicemari sekurang-kurangnya satu racun makhluk perosak dan hampir separuh daripada sampel itu didapati mempunyai sekurang-kurangnya dua hingga empat racun makhluk perosak.
Senario yang membimbangkan ini berkemungkinan menjadi alasan utama kenapa kadar kanser di negara kita semakin meningkat.
Hasil kajian ini menidakkan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mah Siew Keong pada Mei 2007, yang menunjukkan kurang lima peratus daripada buah-buahan dan sayuran segar yang dijual di negara ini mengandungi banyak racun makhluk perosak berdasarkan maklumat daripada Kementerian Kesihatan.
Pada awal tahun ini, apabila CAP mengemukakan isu ladang haram dan fakta bahawa sayur-sayuran dicemari racun makhluk perosak dengan banyaknya, kami menerima banyak kritikan daripada Kementerian Pertanian dan kumpulan sokongan petani.
Penemuan kajian ini hanya menguatkan pendirian CAP yang membantah penggunaan racun makhluk perosak di ladang sayur.
CAP amat memandang berat terhadap kenyataan yang dibuat oleh Pengarah Bahagian Kawalan Racun Makhluk Perosak, Nursiah Md. Tajol Aros yang mengambil pendekatan lembut terhadap petani yang didapati menggunakan terlalu banyak racun makhluk perosak. Petani hanya dinasihatkan supaya menjalankan amalan pertanian yang baik.
Tidak hairanlah apabila keadaan itu tidak diperbaiki akan menjadi semakin buruk, memandangkan banyak fakta akhirnya diketahui juga.
Pada Mei 2003, Pengarah Bahagian Kawalan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan mengeluarkan kenyataan akhbar bertajuk, Tiada racun makhluk perosak berlebihan di dalam sayuran.
Pada masa itu, CAP bertanya sama ada kami boleh mendapatkan pelan pensampelan dan ujian terperinci bagi sisa racun makhluk perosak.
Maklumat yang kami ingin dapatkan secara khusus itu merupakan data mentah mengenai bilangan sampel yang dikumpul, dipadankan dengan pecahan mengikut produk, lokasi di mana keputusan diperoleh dan sebagainya. Ini akan membolehkan kami melihat sama ada sampel itu meliputi semua produk sayuran dan buah-buahan utama, kawasan di mana produk itu diperoleh dan apakah racun makhluk perosak khusus yang diuji.
CAP diberikan beberapa maklumat umum semata-mata yang tidak menjawab soalan kami dan kami masih tidak mampu mendapatkan data khusus, sungguhpun permintaan telah dibuat berulang kali.
Memandangkan hasil kajian IMR/UKM terbaru itu bertentangan dengan maklumat yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan kepada agensi kerajaan lain, CAP menggesa kementerian tersebut supaya membenarkan orang awam mengetahui pelan pensampelan dan ujian serta keputusan bagi beberapa tahun lalu.
Maklumat mengenai bila pensampelan dijalankan juga perlu dimasukkan. Pensampelan sepatutnya dijalankan secara berterusan sepanjang tahun, di tempat asalnya (ladang, dan sebagainya) serta di pelbagai tempat jualan di negara ini.
Kami juga menggesa Kementerian Kesihatan supaya menasihati pengguna mengenai hasil ladang yang boleh dimakan memandangkan hasil kajian terbaru ini.
Lebih baik pengguna mengelakkan hasil sedemikian sehingga orang awam diberi jaminan bahawa sayuran tempatan yang dijual di pasar adalah selamat dimakan.
Orang awam tidak seharusnya mempertaruh kesihatan mereka secara keterlaluan.

PELAJAR PAKSA RAKAN MINUM RACUN DIREMAN

Oleh ZAINI RABAN
TAIPING 3 Sept. – Polis hari ini menahan reman seorang pelajar lelaki yang didakwa telah memaksa rakannya, Muhammad Shahmil Izwan Ahmad Shokri, 14, minum secawan air disyaki beracun sehingga menyebabkan mangsa koma selama empat hari, Isnin lalu.
Suspek iaitu pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Agama (SMA) Addiniah Changkat Jering di sini merupakan rakan seasrama mangsa.
Berdasarkan keterangan Muhammad Shahmil semalam menerusi nota yang ditulisnya sejurus sedar daripada koma, suspek dikatakan telah memanggil mangsa untuk ‘dibelanja minum dan makan roti canai’.
Tetapi sebaliknya, mangsa dipaksa minum secawan air yang dipercayai beracun yang menyebabkannya pening kepala lalu pengsan pada hari kejadian.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Raja Musa Raja Razak berkata, perintah reman ke atas pelajar juga berusia 14 tahun itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Taiping di sini pagi ini.
Beliau memberitahu, pelajar tersebut akan direman enam hari atau sehingga Sabtu ini mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membantu siasatan lanjut.
“Sepasukan polis telah menahan pelajar terbabit yang juga rakan satu asrama mangsa sebaik dia masuk semula ke asrama di sekolah itu kira-kira pukul 6.30 petang semalam.
“Nama pelajar itu tertera pada nota yang ditulis mangsa semalam dan dia juga merupakan pelajar yang memberi kenyataan kepada sebuah stesen televisyen swasta tidak lama selepas kejadian,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping di sini, hari ini.
Isnin lalu, Muhammad Shahmil Izwan koma selepas dikatakan terminum racun rumpai.
Semalam, misteri di sebalik kejadian itu hampir terjawab selepas mangsa mula sedarkan diri dan menceritakan rentetan kejadian yang menimpa dirinya.
Setelah koma selama empat hari akibat terminum racun itu, Muhammad Shahmil mendakwa telah dianiayai oleh seorang rakannya.
Dia membongkar sebahagian misteri itu menerusi nota yang ditulisnya di atas tujuh helai kertas sebaik sedar di Unit Rawatan Rapi, Hospital Taiping semalam.
Raja Musa berkata, buat masa ini polis tidak mempunyai suspek lain dan mengandaikan hanya pelajar itu seorang sahaja yang terlibat.
Kata beliau, kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
Bagaimanapun, katanya, hukuman yang akan dikenakan ke atas suspek tidak sama seperti pesalah dewasa walaupun sabit kesalahan kerana ia merupakan kes juvenil.
Mengenai nota itu pula, Raja Musa menjelaskan, ia amat membantu siasatan polis dan selepas ini akan menyoal siasat suspek bagi mengumpul maklumat lebih lengkap.
“Ini termasuk maklumat utama seperti di mana suspek membeli racun itu, racun jenis apa dan berapa banyak dia membeli racun itu.
“Perkara ini amat penting kerana racun paraquat yang kita ambil daripada tukang kebun sekolah selepas kejadian didapati tidak sepadan dengan racun yang digunakan oleh suspek,” katanya.
Sementara itu, bapa mangsa, Ahmad Shokri Ayob, 44, ketika dihubungi berkata, keluarganya amat bersyukur dengan perkembangan siasatan kes itu dan berharap segala misteri kejadian tersebut akan terjawab.
Katanya, keadaan anaknya itu juga semakin baik apabila sudah tidak lagi menggunakan bantuan pernafasan dan boleh bercakap secara perlahan-lahan.

PENGANTIN BARU TERMINUM RACUN RUMPAI

KUALA TERENGGANU 24 Sept. – Seorang pengantin baru terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dipercayai terminum racun rumpai di rumahnya di Kampung Pulau Kerengga, Marang.
Dalam kejadian Sabtu lepas, mangsa yang baru sebulan mendirikan rumahtangga dengan lelaki pilihannya iaitu seorang pemandu lori dikatakan bertengkar dengan ibunya sejurus sebelum kejadian.
Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah II negeri, Supritendan K. Manoharan, dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa keluar dari rumah selepas bertengkar dengan ibunya sambil membawa sebotol racun rumpai.
“Selepas setengah jam mereka bergaduh, ibu wanita itu menemuinya dalam keadaan lemah lalu membawanya ke Klinik Kesihatan Merchang, Marang,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini.
Menurutnya, mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk rawatan lanjut.
Manoharan memberitahu, pihak polis menerima laporan daripada anggotanya yang bekerja di pondok polis hospital berkenaan kira-kira pukul 10.25 malam.
Katanya, siasatan awal terhadap ibu mangsa yang berada di hospital berkenaan mendapati mangsa terminum racun selepas bertengkar dengannya.
“Keadaan mangsa kini dilaporkan stabil,” ujarnya.

BUDAK NYARIS MAUT TERMAKAN RACUN

Budak nyaris maut termakan racun
KOTA BHARU 29 Sept. – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 bulan dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian setelah dia memasukkan segenggam racun tikus ke dalam mulutnya.
Dalam kejadian di rumahnya di Jalan Bayam di sini pukul 10 pagi tadi, kanak-kanak itu, Wadya Kamarul Baharom (gambar) yang baru boleh berjalan, nyaris maut akibat termakan racun tikus berkenaan.
Ibu kanak-kanak itu, Latifah Abdullah, 39, berkata, ketika dia sedang melipat pakaian di ruang tamu rumah, anaknya itu berjalan menuju ke bahagian dapur bermain seorang diri lalu mengambil bekas racun tikus serta memasukkan kesemua isi racun berbiji itu ke dalam mulutnya.
“Saya terperanjat apabila mendapati mulut Wadya penuh dengan racun tikus yang berwarna merah jambu manakala sebahagian lagi bertaburan di atas lantai. Saya cuba mengeluarkan racun berkenaan menggunakan jari namun gagal.
“Saya kemudiannya bergegas keluar rumah dan memandu kereta membawa Wadya yang pada ketika itu masih sedarkan diri ke HUSM. Sepanjang perjalanan, saya berdoa agar dia selamat,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Katanya, Wadya pada mulanya mendapat rawatan di unit rawatan rapi (ICU) sebelum dimasukkan ke Wad Pediatrik dan keadaannya dilaporkan stabil walaupun dikatakan terdapat kesan darah beku di dalam badannya setelah menerima rawatan intensif daripada doktor.
– Bernama

PUNCA NEGARA HADAPI PENINGKATAN KANSER

Punca negara hadapi peningkatan kanser -- China: Kimia, pencemaran serius
BEIJING 21 Mei – Pencemaran dan penggunaan bahan kimia secara berlebihan dalam makanan disahkan sebagai penyumbang utama kepada peningkatan bilangan pesakit kanser di negara ini.
Akhbar China Daily hari ini melaporkan, kanser adalah penyakit yang membawa maut di kawasan bandar dan luar bandar tahun lalu, merujuk kepada kajian Kementerian Kesihatan baru-baru ini.
Menurut statistik kementerian itu, penyakit tersebut sudah menjadi pembunuh nombor satu di negara ini sejak tahun 2002 tetapi angkanya kini meningkat ke tahap yang membimbangkan.
Kajian yang dibuat di 30 buah bandar dan 78 daerah itu mendapati kematian akibat kanser meningkat 19 peratus di kawasan bandar dan 23 peratus di kawasan luar bandar.
“Sebab utama peningkatan kes kanser adalah pencemaran alam sekitar, air dan udara yang semakin meruncing hari ini,” kata akhbar itu memetik kenyataan pakar kanser dari Akademi Sains Perubatan China, Chen Zhizou.
“Kebanyakan kawasan perindustrian di bina berdekatan sungai, jadi mereka dengan mudah membuang sisa ke dalam sungai sekali gus mencemarkan air serta menjejaskan tanah serta hasil pertanian,” katanya.
Kata beliau lagi, penggunaan baja dan racun perosak yang berlebihan juga mencemarkan sumber air bawah tanah, manakala petani dan penternak menggunakan bahan perangsang berbahaya untuk mempercepatkan hasil.
Pencemaran udara adalah penyebab utama kanser hati, kata laporan itu.
“Peningkatan kadar kematian akibat kanser berlaku di kawasan di mana alam sekitarnya tercemar dengan teruk,” kata kenyataan itu.
– AFP

Monday, October 29, 2007

Abdullah gesa petani guna benih berkualiti

Oleh Azmi Md Deros, Johari Ibrahim dan Siti Fatimah Mohamed Anwar

TANAMAN BERPOTENSI: Abdullah dan Jeanne melihat jagung manis sambil diperhatikan Mahdzir ketika melawat ladang jagung manis Sime Plantations Sdn Bhd (Sime Plantations) di Changlun, semalam.

Pengeluaran hasil tani tinggi mampu tingkat taraf hidup
CHANGLUN: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu semua pihak yang terbabit dalam aktiviti pertanian menggunakan benih berkualiti bagi menjamin hasil pengeluaran yang tinggi. Perdana Menteri berkata, hasil pengeluaran yang tinggi itu secara langsung dapat meningkatkan taraf pendapatan mereka yang menyertai kegiatan berkenaan. "Dengan biji benih yang baik dan bermutu sesebuah kawasan yang terhad dapat memberikan hasil yang banyak.
"Hasil yang baik itu juga akan mendorong petani berusaha lebih kuat lagi bagi meningkatkan pendapatan mereka kerana mereka akan nampak pekerjaan itu berbaloi dengan keringat yang dicurahkan. "Sebaliknya jika menggunakan benih yang tidak berkualiti, hasil yang diperoleh petani tidak baik menyebabkan mereka cepat bosan dan menganggap usaha itu tidak berbaloi," katanya selepas melawat ladang jagung manis Sime Plantations Sdn Bhd (Sime Plantations), anak syarikat Sime Darby Bhd di sini, semalam. Hadir sama, isteri beliau, Datin Seri Jeanne Abdullah; Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid; Pengarah Urusan Sime Plantations, Datuk Azhar Abdul Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Agro Industries Bhd, I Ting.
Ladang jagung manis seluas 80.9 hektar di Bukit Tangga itu adalah fasa pertama daripada keseluruhan 320 hektar yang akan dimajukan dengan projek berkenaan, satu daripada komponen penting Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER). Ia dilaksanakan secara usaha sama antara Sime Plantations dengan anak syarikat kerajaan negeri, Kedah Agro. Abdullah juga mahu Sime Plantations menjual sebahagian benih jagung dihasilkan di situ kepada petani di kawasan lain, khususnya di wilayah utara. "Saya yakin projek jagung ini mampu mencapai kejayaan kerana permintaan untuknya tinggi sehingga ia terpaksa diimport dan pengeluaran yang tinggi nanti membolehkan lebihan hasilnya dieksport," katanya.
Terdahulu, Azhar dalam taklimatnya berkata, projek tanaman jagung manis itu sudah berjaya menghasilkan lebih 100,000 tongkol jagung sejak ia dituai bulan lalu dan dijual secara segar di pasar raya seluruh negara. Katanya, bagi melahirkan usahawan tani, pihaknya akan melatih 600 petani dalam tempoh lima tahun bagi membolehkan mereka melaksanakan pertanian kontrak dengan syarikat itu. "Kumpulan pertama petani itu akan memulakan latihan selama enam bulan, Januari depan. Apabila beroperasi sepenuhnya nanti, ladang ini bukan saja menghasilkan jagung untuk dijual secara segar, sebaliknya yang dileraikan dan didingin beku serta ditinkan," katanya.

Tuesday, October 9, 2007

Malaysia's cheap pesticide sprayers pay with health

By R MageswaryIPOH, Malaysia - Kamala (not her real name) is constantly scratching her hands and complaining that they hurt. Her hands are already red and blotchy - but so is most of her body.She is a pesticide sprayer in a palm oil plantation that is just a few hours' drive from the Malaysian capital, Kuala Lumpur. She has been working there for the past three years, the same period of time that she has had to put up with skin problems and other ailments.''When I spray the pesticides and work across the tall weeds, my clothes get drenched with the chemicals and I start itching,'' says Kamala. She also suffers from nausea and dizziness. Kamala is not alone in her ordeal, says Dr Isa Mohamad Abdul Majid of the state-run National Poisons Center. Indeed, many other sprayers have been found to be suffering worse ailments, from blurred vision to tremors to cancer.Palm oil and rubber are among Malaysia's main exports. Almost all of the pesticide sprayers at the plantations where these are grown are women because they command lower wages than men. At present, there are about 30,000 women pesticide sprayers in the country, and health experts say many of them are working without much protection from the harmful chemicals that they handle on the job.According to Sarojini Rengam of the non-government organization Pesticides Action Network (PAN), these sprayers handle pesticides classified by the World Health Organization as Class 1, such as monocrotophos, methamidophos and carbufurun. Class 1 pesticides are highly toxic substances which have to be handled according to specific instructions.Some plantation management do provide protective clothing for their workers. But more often than not, say activists, the workers themselves refuse to wear these, complaining that they are too hot.Part of the problem is that the workers are often unaware how dangerous the pesticides are. Pesticide sprayers mix the chemicals with their bare hands. At times, some even blow into the nozzles of their equipment with their mouths to remove blockages.Dr Isa says: ''There is no clean water for irrigation of the eye . . . If this happens in the field, they would normally use the closest water source such as water from the nearby stream that would usually be contaminated with the pesticides from the mixing activity.''Isa, Sarojini and Kamala were among the participants at a recent national conference on pesticides and women's health. Jointly organized by the Poisons Center, PAN and the women's NGO Tenaganita, the conference had extensive discussions on the plight of women plantation workers.Isa says all of the 72 sprayers who participated in research he conducted beginning 1992 contracted a variety of illnesses, including those that Kamala is now experiencing. The results of Isa's research, which concentrated on pesticide sprayers in palm oil and rubber plantations throughout Malaysia, were released recently.''All those interviewed have suffered either vaginal pains, burning sensation when passing urine, nausea, vomiting, difficulty breathing, skin problems, giddiness, tremors, abdominal pains, fatigue, blurred vision or discoloration of the nails,'' he says.Plantations in Malaysia have basic medical facilities. But the services they offer may no longer be adequate for the various illnesses of the workers. Vasugi (not her real name), for example, repeatedly sought medical aid from the plantation clinic for acute pains in the breast region that later also affected her throat and neck. The hospital attendant gave her huge amounts of painkillers.Still no better after a year, Vasugi went to a medical center. ''I was diagnosed with breast cancer and had one breast removed,'' she says. ''The pain is still there and the doctor thinks I could have been affected by the exposure to pesticides for six years.''According to the World Health Organization (WHO), some 37,000 cases of cancer occur annually due to exposure to pesticides. Various reports in recent WHO journals also reveal that 25 million agricultural workers in developing countries suffer an episode of pesticide poisoning each year.Moses comments that ''the severity of the symptoms and the usage of the highest toxicity pesticides'' in Malaysia ''are shocking''. But it is not as if Malaysia has no laws to prevent this happening.In fact, the Malaysian Occupational and Safety Health (OSHA) Act requires that a safety and health committee be formed if there are more than 40 sprayers in a plantation. ''But this has not been adhered to,'' says Irene Fernandez of Tenaganita. Apparently, the health ministry, which is supposed to monitor such matters, has been unable to ensure that all plantations comply with the act.The women sprayers themselves say their unions have failed to present their welfare and health issues to the management. Plantation workers here are mostly union members.Tenaganita, PAN and the Poisons Center are now working on recommendations for the government on the health problems faced by the sprayers. Among the suggestions are that the government effectively enforce the provisions under OSHA as well as a ban on all WHO Class 1 pesticides. Also listed is a call for more mechanical controls like cutters and the rearing of sheep and goats to keep the grass down. Says Sarojini: ''We have tried talking to the management about this but they say it is cheaper to employ women sprayers.''

ORGANOCHLORINE

Organochlorine (Chlorinated hydrocarbons)

1)examples of pesticides in this class:
aldrin, benzene hexachloride, carbon tetrachloride, chlordane, chloroform, chloroneb, chloropicrin, 4-CPA, D-D, DBCP, DDD, DDE, DDT, dicamba, dicofol, dieldrin, endosulfan, fenac, heptachlor, hexachlorobenzene, hexachlorophene, lindane, methoxychlor, mirex, paradichlorobenzene, PCB, PCNB, pentachlorophenol, tetrachloroethylene, toxaphene, triclopyr

2)mode of action: Interferes with transmissions of nerve impulses across axons disrupting primarily the central nervous system.

3)immediate effects: Convulsions (may occur for several days after exposure); uncoordination; induces rapid metabolism of drugs and naturally occurring steroid hormones; hypersensitivity of skin or face and extremities; headache; dizziness; nausea; vomiting; tremors; confusion; muscle weakness; involuntary eye movements; slurred speech; pain in chest and joints; skin rash; labored breathing; central nervous system stimulation followed by depression; diarrhea; brain wave disturbances; hyperthermia; hypertension; salivation; sweating.

4)long-term effects: Cumulative; transfers through placenta to fetus; found in mother's milk; carcinogens; suspect teratogens; suspect mutagens; fetotoxins; aplastic anemia; "reproductive effects"; testicular damage; eye damage; affects hormone levels; central nervous system damage; bladder, kidney, liver, lung and thyroid damage; blood and spleen damage; anemia; recurrent asthma; irregular hearbeat; atrophy of adrenal cortex; behavior changes in young of mother exposed at even low levels during pregnancy; embryotoxin; decreased fertility; immunotoxin; abnormal brain waves; increased mortality in young; teratogens; porphyria cutanea tarda; sleep disturbance; hallucinations.

5)environmental effects: Bioaccumulate; persistent; many are volatile, traveling long distances in the atmosphere and settling in distant locations; decreased fertility in birds; egg-shell thinning in birds; groundwater contaminants.

Envo-Cyper: Racun serangga berasas bahan sawit pertama di dunia

Oleh Dr Ismail Ab Raman
Bagi dapatkan kualiti produk pertanian lebih baik bahan agrokimia perlu bagi mengekalkan penghasilan bahan makanan dan serat bermutu tinggi Bahagian Kemajuan Teknologi Oleokimia, Lembaga Minyak Sawit Malaysia KERAJAAN Malaysia menekankan perlunya revolusi dalam aktiviti pertanian negara dengan cara penggunaan teknologi baru dan ‘ICT’ bagi memperoleh hasil dan kualiti produk pertanian yang lebih baik. Kajian menunjukkan bahawa penggunaan bahan agrokimia seperti racun serangga dapat meningkatkan hasil bahan pertanian dan perladangan antara 20 peratus hingga 50 peratus.
Oleh itu, bahan agrokimia adalah amat perlu bagi mengekalkan penghasilan bahan makanan dan serat yang bermutu tinggi. Anggaran 20 peratus dari pasaran racun makhluk perosak di Malaysia adalah jenis racun serangga, di mana hampir 50 peratus daripada jumlah itu adalah racun serangga berasaskan bahan pelarut dari petroleum, juga dipanggil racun serangga pekat teremulsi (EC). Bagaimanapun, pelarut terbitan petroleum menyebabkan masalah kesihatan seperti kegatalan dan radang kulit dan mata kepada pekerja di kilang pengeluaran bahan agrokimia dan di ladang pertanian.

Ramai pekerja di sektor pertanian pada masa kini lebih peka kepada keselamatan dan keselesaan mereka di dalam mengendalikan bahan kimia pertanian seperti penggunaan racun serangga berasaskan emulsi minyak dalam air (EW) berbanding jenis pekat teremulsi (EC). Kajian telah menunjukkan formulasi jenis EW mempunyai banyak kelebihan berbanding formulasi jenis EC seperti:
Formulasi berasaskan air, jadi kurang masalah kesihatan kepada pekerja.
Tiada masalah kelayuan (fitotoksik) kepada daun atau pokok tanaman.
Produk yang lebih murah atau setanding dengan produk EC.
Bahan oleokimia terbitan minyak sawit dalam produk EW pula mempunyai ciri-ciri mesra alam, mudah terurai, tidak mudah terbakar, dan kurang menyebabkan masalah kesihatan kepada pengguna. Pada 2000, Dr Ismail Ab Raman, Pegawai Penyelidik Kanan dari Bahagian Kemajuan Teknologi Olekimia, MPOB mengambil inisiatif menjalankan kajian penggunaan bahan sawit dalam penghasilan racun serangga emulsi minyak dalam air (EW) (rajah 2). Projek ini mendapat sokongan penuh dari Syarikat Pengeluar Tempatan bahan oleokimia terbitan minyak sawit. Ujian bioefikasi peringkat makmal ke atas serangga perosak tropika menunjukkan racun serangga EW menunjukkan prestasi setanding dengan racun serangga komersial EC bagi mengawal serangga perosak itu. Kerjasama antara MPOB - Imaspro Resources Sdn Bhd Teknologi penghasilan racun serangga EW dipamerkan di Pameran Pemindahan Teknologi, MPOB pada 2004 dan mendapat perhatian daripada beberapa syarikat pengeluar bahan agrokimia tempatan. Pada 2005, Syarikat Imaspro Resources Sdn Bhd membuat beberapa perbincangan untuk proses pemindahan teknologi ini. Perjanjian ditandatangani di Seminar Pemindahan Teknologi MPOB, 27 Jun 2006 bagi Pemindahan Teknologi Produk `Palm EW-Cypermethrin 5.5 %' (skala makmal) kepada Imaspro Resources Sdn Bhd dan di serahkan kepada anak Syarikatnya, Imaspro Biotech Sdn Bhd untuk tujuan pengkomersilan. Daripada perjanjian itu, MPOB-Imaspro Biotech Sdn Bhd bersetuju menjalankan aktiviti penyelidikan lanjutan seperti:
Menjalankan kajian ladang penggunaan ‘Palm EW-Cypermethrin 5.5%' bagi menentukan keberkesanan produk EW dalam mengawal serangga perosak seperti kumbang badak dan kesan fitotok-sisitinya ke atas pokok kelapa sawit muda (rajah 3).
Menjana perubahan proses teknologi produk hak milik MPOB (skala makmal) kepada skala ‘pilot plant’ dan mengoptimakan parameter-parameter proses pengeluaran dan kawalan mutu.
Mengumpul dan menyediakan data pendaftaran produk itu dengan Lembaga Makhluk Perosak Malaysia.
Mencipta atau mengadaptasi dan melabur bagi pembuatan reaktor pemprosesan untuk pengeluaran skala komersil, dan seterusnya proses memasarkan produk tersebut. Kajian ladang selama lapan bulan mendapati racun serangga EW-cypermethrin berasaskan bahan oleokimia terbitan minyak sawit menunjukkan kesan setanding atau lebih baik berbanding racun serangga komersial di dalam mengawal kerosakan pokok kelapa sawit oleh kumbang badak dan serangga perosak lain. Produk racun serangga EW-cypermethrin 5.5 %(w/w) didaftarkan di Lembaga Racun Makhluk Perosak Malaysia oleh Imaspro Biotech Sdn Bhd dan diberi nama komersial sebagai 'ENVO-CYPER' Produk ini dilancarkan secara rasmi sempena hari Seminar Pemindahan Teknologi MPOB pada 18 Jun 2007. Syarikat Imaspro Biotech Sdn Bhd mensasarkan sebanyak 20 peratus daripada pasaran racun serangga jenis cypermethrin di Malaysia bagi tahun pertama pengeluaran produk ENVO-CYPER (StarBiz, 20 Jun 2007).

MINAMATA JEPUN

MERKURI

mercury

kesan minamata