Wednesday, October 31, 2007

ISU UBAT PALSU

Di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, ubat-ubat yang dijual di negara kita perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).
Pengguna dapat menyemak sama ada sesuatu keluaran itu berdaftar atau sebaliknya dengan melihat nombor pendaftaran pada pek ubat berkenaan.
Pengesahan lanjut butiran pendaftaran boleh disemak dari laman web www.bpfk.gov.my.
Kementerian Kesihatan juga telah mewajibkan label hologram dilekatkan pada setiap pek jualan ubat berdaftar supaya orang awam dan pegawai penguat kuasa farmasi dapat mengenali bahawa sesuatu ubat itu adalah tulen.
Penggunaan sistem semakan ketulenan ubat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) tidak dapat mengesahkan ketulenan ubat secara berkesan kerana terdapat juga ubat palsu yang menggunakan nombor pendaftaran ubat berdaftar yang lain pada pek ubat terbabit.
Kementerian mempunyai program pemantauan ubat di pasaran untuk memastikan ubat berdaftar di pasaran selamat dan berkualiti.
Ubat berdaftar yang dikesan mengandungi racun akan dirampas, pendaftaran ubat tersebut akan dibatalkan dan tindakan undang-undang akan diambil.
Pegawai penguat kuasa farmasi juga menjalankan pemeriksaan premis, pemeriksaan di pintu-pintu masuk kastam dan serbuan untuk melindungi rakyat daripada bahaya ubat tidak berdaftar termasuk ubat palsu dan ubat berdaftar yang dikesan mengandungi racun.
Nilai rampasan ubat-ubatan pada tahun 2006 ialah RM18,406,190.
Orang ramai boleh memberi maklumat berkaitan penjualan ubat tidak berdaftar atau ubat palsu kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi di nombor tel: 03-79682200/faks: 03-79682251 dan e-mel pharmacy1@moh.gov.my.
– DATUK CHE MOHD ZIN CHE AWANG,
Pengarah Perkhidmatan Farmasi,
Kementerian Kesihatan.

1 comment:

Anonymous said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Computador, I hope you enjoy. The address is http://computador-brasil.blogspot.com. A hug.