Saturday, August 18, 2007

CAP bimbang petani campur racun tanpa nasihat pihak berwajib

(Utusan Malaysia, Khamis – 20 Jun 2002)

Kangar, Perlis (Malaysia) – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bimbang mengenai kesihatan petani-petani di Perlis dan Kedah yang membuat campuran pelbagai jenis racun serangga untuk meningkatkan bahan toksik tanpa nasihat pihak berwajib bagi memusnahkan sejenis ulat yang dikenali sebagai Naphalocyosis Medinalis di kawasan sawah padi mereka.

Petani-petani itu mendakwa racun yang dicampur itu lebih berkesan memusnahkan ulat berkenaan yang juga dipanggil “ulat lipat daun” dan mereka membelanjakan antara RM30 hingga RM200 untuk membeli racun itu. Sehubungan dengan itu, CAP mencadangkan Jabatan Pertanian dan Mada melaksanakan kaedah biologi bagi mengurangkan penggunaan racun dalam usaha memusnahkan serangga perosak tanaman padi termasuk ulat lipat daun.

No comments: