Saturday, August 4, 2007

RACUN SERANGGA BERASASKAN SAWIT

BANGI: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Imaspro Resources Sdn Bhd (IRSB) memeterai perjanjian untuk membangunkan dan menghasilkan racun serangga cecair berasaskan sawit dikenali EW-Pyrethroid Insecticides di sini, baru-baru ini.MPOB membangunkan formula produk berkenaan untuk mengawal serangga perosak bagi kegunaan pertanian dan sektor kesihatan, dan kerjasama dengan IRSB, sebuah syarikat pengeluar racun serangga adalah untuk membangunkan produk berkenaan bagi kegunaan di ladang sawit.
Pada majlis sama MPOB turut menandatangani perjanjian dengan Golden Jomalina Food Industries Sdn Bhd bagi pengkomersialan formula SAFaR atau penggantian lemak haiwan dengan lemak berasaskan sawit dalam bahan makanan.Pada majlis berkenaan MPOB diwakili Ketua Pengarahnya, Dr Mohd Basri Wahid, manakala IRSB diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tong Chin Heng sementara Golden Jomalina Food Industries Sdn Bhd diwakili Ketua Eksekutif Kumpulan Golden Hope Plantations Bhd, Datuk Sabri Ahmad.Majlis menandatangani perjanjian yang diadakan sempena Perasmian Seminar Pemindahan Teknologi MPOB 2006 itu disaksikan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Peter Chin Fah Kui.

No comments: