(Utusan Malaysia, Sabtu – 22 Jun 2002)
Arau. Perlis (Malaysia) – Kira-kira 15,000 pesawah dalam Daerah I Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) Perlis yang mengusahakan tanaman padi seluas 16,320 hektar menyarankan supaya agensi itu memberi bantuan racun untuk memusnahkan ulat yang dikenali sebagai Naphalocyosis Medinalis. Bantuan tersebut wajar disalurkan segera memandangkan ulat itu yang juga dipanggil ulat lipat daun semakin merosakkan tanaman padi di kawasan tersebut. Hampir keseluruhan kawasan tanaman padi Daerah I Mada Perlis telah diserang ulat tersebut yang memakan lapisan hijau daun pokok padi. Serangan ulat itu juga dilaporkan merebak ke empat daerah lain dalam kawasan Mada yang meliputi Perlis dan Kedah. Pesawah-pesawah terlibat memerlukan bantuan racun memandangkan harganya agak tinggi dan membebankan mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment