Pengguna perlu tahu kadar dan jenis bahan organik supaya tidak merosakkan hasil tanaman, masa sesuai serta tempoh suburkan benih tanamanPenduluanPanduan pembajaan sawit ini bertujuan untuk membantu pekebun kecil memilih jenis baja yang sesuai, kadar baja yang optimum, perletakkan baja yang berkesan, masa dan kekerapan yang tepat. Dengan maklumat ini pekebun kecil diharap akan dapat menggunakan baja dengan optimum dan lebih berkesan lagi dengan peningkatan hasil yang maksimum. Ini memandangkan keadaan hari ini di mana terdapat pelbagai jenis baja di pasaran yang boleh mengelirukan dan kurang berkesan. Jenis-jenis bajaUmumnya terdapat dua jenis sumber baja yang boleh digunakan di ladang sawit iaitu baja kimia atau inorganik dan baja organik.
i. Baja KimiaBaja kimia lazimnya mengandungi nutrien pokok yang tinggi dan boleh didapati di dalam tiga bentuk iaitu baja tunggal, campuran dan sebatian. Baja tunggal mengandungi satu unsur utama sahaja, manakala baja campuran dan sebatian mengandungi lebih daripada satu unsur utama. Baja campuran dibuat dengan mencampurkan beberapa jenis baja tunggal secara fizikal. Baja sebatian pula dibuat dengan menggabungkan beberapa unsur melalui proses basah secara kimia (contoh: MPOB F2) atau proses kering menggunakan tekanan tinggi (contoh:MPOB F1). Pemilihan sesuatu jenis baja campuran atau sebatian adalah bergantung kepada sifat tanah dan sifat sesuatu baja berkenaan. Contoh, tanah pedalaman mengandungi liat dan bahan organik yang sederhana, maka penggunaan nitrogen berasaskan ammonium sulfat atau klorida lebih sesuai kerana ia kurang meruap tetapi asidik. Sebaliknya, tanah gambut yang mengandungi bahan organik yang tinggi, maka nitrogen berasaskan urea lebih sesuai kerana ia mudah meruap tetapi kurang asidik. Oleh itu, apabila membeli baja adalah penting untuk bertanya asas sumber nitrogen yang digunakan.
Apabila merancang untuk menggunakan baja kimia adalah penting untuk meneliti ciri-ciri fizikalnya terlebih dahulu. Ciri-ciri fizikal baja kimia yang baik ialah berkeadaan kering dan free flowing. Sebaliknya, seperti baja campuran, ia mudah menjadi lembab, basah dan seterusnya keras apabila disimpan terlalu lama. Ini kerana baja fosfat dan kieserite apabila dicampur dengan baja ammonium sulfat atau urea akan bertindak balas dan menyebabkan campuran tersebut menjadi lembab/berair dan kemudian keras. Oleh itu baja campuran hendaklah digunakan dengan segera. Beg baja campuran juga perlu digoncang terlebih dahulu sebelum dibuka untuk mengurangkan pengasingan unsur nutrien yang terjadi disebabkan oleh saiz, bentuk dan ketumpatan partikel baja yang berbeza.Secara umum, harga per unit nutrien baja tunggal adalah lebih murah berbanding baja campuran dan sebatian tetapi ia memerlukan kos buruh yang lebih untuk menabur setiap jenis baja. Bagi mencapai matlamat membekalkan baja seimbang dengan kos yang realistik adalah lebih praktikal pekebun kecil menggunakan baja campuran ( dengan syarat baja tidak lembab dan keras) atau baja sebatian untuk pembajaan tahunan dan menggunakan baja tunggal dari masa ke semasa bagi mengatasi kekurangan nutrien yang khusus sekiranya berlaku.ii. Baja OrganikBaja organik secara amnya mengandungi peratus nutrien yang rendah tetapi ia mengandungi bahan organik yang tinggi di mana baik untuk memperbaiki sifat fizikal tanah. Sebagai contoh, tandan buah kosong (TBK) sawit mengandungi lebih kurang 0.35% N, 0.03% P, 2.29% K dan 0.18 % Mg adalah sumber bahan organik yang mudah digunakan. Nutrien yang terdapat dalam TBK ini akan terurai selepas melalui proses pereputan dan mineralisasi dalam masa 9 hingga 12 bulan. TBK digunakan sebagai sungkupan keliling pokok muda dan disusun antara barisan pokok bagi pokok matang.Di pasaran, terdapat juga baja organik yang sudah diproses dan kadangkala diperkaya dengan unsur-unsur tertentu tetapi harganya jauh lebih mahal berbanding dengan bahan organik yang belum diproses seperti TBK. Pengunaan baja organik yang sudah diproses selalunya tidak ekonomik digunakan di ladang sawit.Keputusan untuk menggunakan baja organik perlu dibuat atas rasional lebih untuk memperbaiki sifat tanah dan bukan untuk nutriennya. Contoh, tanah yang mengandungi peratus liat atau pasir yang tinggi ( terlalu keras atau terlalu peroi) atau dikawasan tadahan hujan yang rendah (kedapatan bulan kering yang nyata) harus diberi keutamaan menggunakan baja organik. Sejak kebelakangan ini terdapat pula baja kimia dan organik dalam bentuk cecair di pasaran untuk tanaman sawit. Walau bagaimanapun, kajian keberkesanan penggunaan baja cecair untuk tanaman sawit kurang dilakukan di negara ini berbanding kajian penggunaan baja kimia atau organik. Oleh itu, sehingga ada data penyelidikan yang kukuh menunjukkan keberkesanannya, MPOB tidak menggalakkan pekebun menggunakan baja cecair ini untuk sementara waktu. Jenis dan Kadar Penggunaan BajaKerjasama antara MPOB dan syrarikat pengeluar baja tempatan telah mengeluarkan dua formulasi baja sebatian yang sesuai digunakan secara umum oleh pekebun kecil yang tidak mendapat kemudahan analisis tanah dan daun. Pertama, baja MPOB F1 (10% N, 5.4% P2O5, 16.2% K2O, 2.7% MgO, 0.5% B2O3) untuk kegunaan tanah pedalaman. Kedua, baja MPOB F2 (10.7% N, 9.1% P2O5, 17.3% K2O, 1.4% MgO, 0.5% B2O3) untuk kegunaan tanah pesisir pantai atau lanar laut. Buat masa ini MPOB masih dalam proses mengenalpasti formulasi dan syarikat untuk mengeluarkan baja MPOB F3 bagi kegunaan tanah gambut. Sementara menunggu baja MPOB F3, pekebun kecil di tanah gambut disyor menggunakan baja tunggal.Kadar Penggunaan TBKSekiranya pekebun kecil boleh mendapatkan sumber TBK yang murah dan ekonomik untuk dibawa ke ladang, Jadual 2 di bawah adalah kadar TBK dan tambahan baja kimia yang perlu digunakan.Mengatasi Kekurangan Nutrien TertentuKadar pembajaan yang disyorkan di atas adalah mengikut keperluan pokok sawit secara umum. Bagi pokok matang, analisis tanah, daun dan pengamatan pokok di ladang perlu dibuat bagi mengetahui keperluan baja yang sebenar untuk sesuatu ladang. Oleh itu, walaupun kadar-kadar di atas boleh digunakan, ada kemungkinan juga sesetengah pokok di dalam ladang akan menunjukkan tanda-tanda kekurangan nutrien yang tertentu seperti kekurangan nitrogen (warna keseluruhan daun kurang hijau), kalium (bintik-bintik oren di pelepah bawah), magnesium (warna kekuningan pada hujung daun tetapi jika terlindung dari sinaran matahari ia tetap hijau) dan boron (daun bercangkuk, daun berkedut, hujung daun berbentuk V atau lai daun berjalur kuning muda). Untuk mengatasi kekurangan unsur-unsur tertentu bagi pokok matang, pekebun kecil disaran menggunakan baja tunggal tambahan (corrective dossage) kepada pokok-pokok yang terbabit seperti berikut:Nitrogen : Ammonium sulfat 1.0-2.0 kg/pokok Kalium : Muriate of Potash (MOP) 2.0-3.0 kg/pokokMagnesium : Kieserite 1.0-2.0 kg/pokokBoron : Borate 48 0.1-0.2 kg/pokokKekerapan MembajaBergantung kepada umur pokok, kekerapan membaja adalah tiga kali setahun semasa pokok berumur antara satu hingga empat tahun dan dua kali setahun selepas pokok berumur lebih daripada empat tahun.Penempatan BajaPenempatan baja yang berkesan adalah bergantung kepada umur pokok dan topografi tanah. Ini kerana pada prinsipnya baja perlu ditabur di kawasan di mana terdapat akar pemakanan yang banyak dan aktif. Pokok sawit berumur dua tahun ke bawah, akar pemakanan berada di dalam lingkungan 2 m daripada pangkal pokok. Manakala pokok yang berumur tiga hingga lima tahun, akar pemakanan berada dalam lingkungan 4 m dari pangkal pokok.Oleh yang demikian, bermula dari selepas menanam sehingga pokok sawit berumur satu tahun, baja hendaklah ditabur di bawah kanopi daun. Bagi pokok sawit yang berumur antara satu hingga dua tahun, baja ditabur di dalam lingkungan 1.5-2.5 m dari pangkal pokok. Manakala, bagi pokok berumur antara tiga hingga lima tahun baja ditabur dalam lingkungan antara 1.5 hingga 4.0 m dari pangkal pokok. Syor di atas adalah bagi pokok sawit yang ditanam di tanah rata dan dan di atas teres.Bagi pokok matang melebihi umur lima tahun, pertumbuhan akar pemakanan telah berada di seluruh kawasan terutama di dalam kawasan peletakan pelepah. Untuk kawasan tanah rata ke beralun, tabur lebih banyak baja di sepanjang perletakan pelepah dan sedikit di keliling kanopi daun. Bagi sawit yang ditanam di atas teres, baja boleh terus diletak di keliling pokok dan sepanjang teres bagi mengelakkan kehilangan baja melalui hakisan.Dalam situasi di mana pokok sawit matang berada di atas tapak tanaman (platform) yang kecil atau teres yang kurang lebar dan sudah terhakis, pekebun kecil boleh menanam baja dengan kedalaman 4-6 inci di beberapa tempat di keliling kanopi daun. Alternatif ini adalah lebih baik sekiranya baja di tabur sahaja kerana ia lebih terdedah kepada hakisan. Walau bagaimanapun, bagi pokok sawit belum matang, kaedah pembajaan yang berkesan ialah menabur baja di bawah kanopi daun.Masa dan Persediaan MembajaMasa yang sesuai untuk membaja adalah pada musim sederhana lembap. Musim terlalu kering (kemarau) tidak sesuai kerana baja memerlukan air untuk terurai sebelum ia diambil oleh pokok melalui akar. Musim yang terlalu basah ( hujan) adalah kurang sesuai kerana banyak baja akan hilang dilarikan air terutama di kawasan cerun atau melalui larutresap di kawasan tanah rata dengan kandungan pasir tinggi. Kawasan yang hendak ditabur baja hendaklah terlebih dahulu dibersihkan daripada semua rumpai kerana rumpai akan bersaing mendapatkan baja dengan pokok sawit. Penutup
· Pembajaan yang berkesan adalah merupakan salah satu faktor penting untuk meningkatkan hasil sawit. Sekiranya pembajaan dijalankan dengan sempurna dan menggunakan baja yang berkualiti, seimbang dan dengan pengurusan ladang yang baik, maka hasil ladang yang telah sedia tinggi boleh terus dikekalkan dan hasil yang rendah boleh dipertingkatkan. Oleh kerana kos baja pada masa ini agak mahal pekebun kecil mesti menggunakan baja dengan berhemah melalui pemilihan jenis baja yang sesuai, penggunaan kadar, kekerapan dan penempatan baja yang betul, serta menggunakan bahan organik yang terdapat secara percuma atau murah dari kilang sawit untuk pembaikan semula tanah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment