(Utusan Malaysia, Rabu – 19 Jun 2002)
Melaka (Malaysia) – Jabatan Pertanian mengesan segelintir pengusaha pertanian di negara ini menggunakan racun perosak yang tidak berdaftar dan boleh menjejaskan mutu produk yang dihasilkan oleh mereka. Penggunaan racun perosak yang tidak berdaftar juga mengakibatkan pengusaha terbabit tidak akan mendapat pengiktirafan di bawah “Skim Akreditasi Ladang Malaysia” yang diwujudkan untuk faedah masa depan petani. Semua pengeluar tanaman seperti sayur-sayuran dan buah-buahan perlu mematuhi Jadual 16 Akta kandungan racun perosak dalam tanaman mereka bagi memastikan kandungan racun perosak dalam tanaman mereka tidak melebihi paras yang ditetapkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment